Low Cost Hosting | Free Web Space | Dedicated Hosting | Windows Hosting | FrontPage Web Hosting | Business Hosting
cheap web hosting
Search the Web

KEK DAN BISKUT

Kek Coklat Rice Berlapis Kek Sari Kelapa
Biskut Bola Badam Tat Swiss

  KEK COKLAT RICE BERLAPIS  
 
Bahan-bahannya :
-
200g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 butir telur
200g mentega
200g gula halus
150g coklat rice
2 sudu besar susu pekat
1-2 sudu besar serbuk koko

1 sudu kecil esen vanila
     
Cara Membuatnya :-

- Mentega dipukul dengan gula halus sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu sehingga habis, diikuti dengan
susu pekat sambil dipukul rata.

- Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder
ke dalam adunan mentega. Masukkan sekali coklat rice kemudian
digaul sebati dengan senduk kayu.

- Adunan ini kemudiannya dibahagi kepada dua. Satu dicampurkan
dengan serbuk kok dan yang satu lagi dibiarkan dengan warna asal.
Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar yang berasingan tetapi
sama saiz dan bentuk. Bakarlah hingga masak.

- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari tin pembakar.
Kemudian lapiskan kek dengan menggunakan sedikat jem.

ATAS

 

  KEK SARI KELAPA  
 
Bahan-bahannya :
-
100g mentega
100g gula halus
2 butir telur
75g tepung gandum
50g kelapa kering dalam tin
1/2 sudu kecil esen vanila
11/2 sudu besar susu pekat

Hiasan Krim :-
100g mentega
75g gula aising
1/2 sudu teh putih telur

     
Cara Membuatnya :-

- Pukul gula dengan mentega sehingga kembang. Ayakkan tepung
dan baking powder sementara putih dan merah telur diasingkan.

- Pukul putih telur bersama dengan 2 sudu besar gula sehingga
ikembang. Masukkan susu dan esen vanila ke dalam adunan
mentega. Masukkan kuning telur, pukul sehingga sebati. Setelah
itu masukkan kelapa dan gaul semula dan akhir sekali campurkan
putih telur lalu digaul rata. Bakar dalam loyang yang sederhana
panas.

Membuat Krim hiasan :-

- Pukul semua bahan sehingga lembut. Sapukan keliling kek dan
taburkan kelapa kering. Hias dengan buah ceri.

ATAS

  BISKUT BOLA BADAM  
 
Bahan-bahannya :
-
200g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
200g mentega
100g gula castor
2 sudu besar susu pekat
1/2 sudu kecil esen vanila
11/2 sudu besar susu pekat

Hiasan Krim :-
100g mentega
75g gula aising
1/2 sudu teh putih telur

     
Cara Membuatnya :-

- Pukul gula dengan mentega sehingga kembang. Ayakkan tepung
dan baking powder sementara putih dan merah telur diasingkan.

- Pukul putih telur bersama dengan 2 sudu besar gula sehingga
ikembang. Masukkan susu dan esen vanila ke dalam adunan
mentega. Masukkan kuning telur, pukul sehingga sebati. Setelah
itu masukkan kelapa dan gaul semula dan akhir sekali campurkan
putih telur lalu digaul rata. Bakar dalam loyang yang sederhana
panas.

Membuat Krim hiasan :-

- Pukul semua bahan sehingga lembut. Sapukan keliling kek dan
taburkan kelapa kering. Hias dengan buah ceri.

ATAS

  TAT SWISS  
 
Bahan-bahannya :
-
200g mentega
100g gula castor
2 biji merah telur
500g tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder

Hiasan :-
50g gula aising
1/2 sudu teh putih telur
ceri dan angelica

   
Cara Membuatnya :-

- Pukul gula dengan mentega sehingga kembang. Masukkan telur,
esen vanila dan susu pekat, dikacau sebati. Tepung gandum diayak
dengan baking powder. Dimasukkan ke dalam adunan telur tadi.

- Masukkan adunan ke dalam corong aising dan dipaipkan bulat-
bulat kecil di dalam mangkuk kertas. Dibakar di dalam ketuhar
selama 20 minit. Setelah masak, sejukkan dan dihias dengan gula
aising, ceri dan angelica.

ATAS

Ke Halaman Utama (Home)